<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4333010054198790671\x26blogName\x3dPembangunan+ICT-+Peluang+untuk+Semua+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-amilin.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-amilin.blogspot.com/\x26vt\x3d-1955072010572203459', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

FINALIST

ANUGERAH LAMAN WEB ISLAM TERBAIK '08

MENU

INTRANET

INTERAKSI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

RAKAN DAKWAH

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker







Untuk Paparan Terbaik
Sila Gunakan



Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan Wasahlan, Tetamu. Silakan Daftar Masuk atau Mendaftar.


Login with username, password and session length
Demi Masa

Klik Untuk Mengundi
Azharian's Topsite
Ukhwah.com :: Top Blog

Bicara Kata

Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Thursday, December 27, 2007

SEJARAH A'MILIN BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI)


Pada Tahun 2000, Badan Dakwah telah melancarkan pengambilan anggota a’milin baru dan ia di panggil “AHLI BALADI” yang kebanyakkannya terdiri daripada pelajar Tingkatan 1,2 & 3 yang mana mereka semua ini terdiri daripada ahli usrah. Kira-kira dalam JUN 2000, MAJLIS PELANCARAN ini diadakan. Maka presiden ketika itu, Syed Mohd Bakri mengatakan bahawa ahli itu kekal hingga tahun seterusnya (2001) sebagai anggota usrah, dan secara tidak langsung ia terlibat dalam setiap program yang diadakan oleh BALADI termasuk KEM KEPIMPINAN PELAJAR dan lain-lain lagi.

Pada tahun 2002, kebanyakkan anggota A’milin naik sebagai EXCO BALADI, seperti SHAIHAM, NIK MUHAMMAD, SOMAD, AZAM KHAN, UBAI dan ramai lagi. presiden pada tahun itu, yakni, AZA FIRDAUS mengatakan A’milin berfungsi sebagai pelapis EXCO..

Hingga pada tahun 2003, anggota A’milin hanya sekadar ahli usrah sahaja. Mereka-mereka ini tidak terlibat secara langsung dalam setiap program anjuran BALADI, walaupun ada program besar pada tahun tersebut yakni “Ijtima’ Remaja Islam,” yang melibatkan anggota Badan Dakwah Yayasan Islam Kelantan (YIK) ZON 1, seperti MAAHAD MUHAMMADI LELAKI (MML), MAAHAD PENGAJIAN ISLAM (MPI), TARBIAH MARDZIAH PANCHOR, TAQADDUM MAARIF dan lain-lain lagi. Pada tahun tersebut Presidennya, NOR MUHD HADI ZAHALAN atau ALONG.

Pada Tahun 2004, fungsi A’milin semakin lama tidak nampak fungsinya sehinggalah ketika MAJLIS SAMBUTAN 40 TAHUN MAAHAD DARUL ANUAR. MOHD NASAIFUDDIN, mencetuskan idea untuk mengambil beberapa pelajar junior bagi membantu EXCO BALADI dalam menyelia setiap sudut yang Badan Dakwah selia, tapi kebanyakkannya dalam sudut ruang niaga. Diantara merekanya adalah, Nasrullah, Faizal, Afham Bux, Shauqi, Irfan, Syarafi dan beberapa orang lagi…

Pada 2005, ABU DZAR AHMAD selaku presiden tika itu cuba menghidupkan semula, yakni untuk membantu BALADI menyelaraskan setiap program serta mereka-mereka inilah bakal menggantikan tempat EXCO yang bakal meninggalkan sekolah dan BALADI. Satu program khas untuk A’milin pada tahun 2005 yakni “PROGRAM SMART A’MILIN,” yakni di lancarkan pada bulan September. Exco menilai setiap a’mlin yang ada kelayakan, pada tika itu SYED MOHD ISHAK yang bertanggungjawab dalam menyelia a’milin-a’milin Badan Dakwah. Cuma pengambilan pada ketika itu hanyalah seramai 18 pelajar sahaja untuk mewakili tiga lujnah dalam Badan Dakwah. Ketua A’milin pada ketika itu adalah ABU BAKAR ABDUL WAHAB.

Pada Tahun 2006, tika AMIR SAIFUDDIN (PRESIDEN 2006) tetap menggunakan asas yang sama dalam a’milin Cuma ia bertambah sahaja, waktu itu ABU DZAR bertanggungjawab dalam menyelia a’milin.


Penilaian Amilin

1.Carta Aliran Amilin

PELAJAR MAAHAD DARUL ANUAR

TING 2-4

  • Pemilihan akan dibuat untuk pelapis


AMILIN @ DAE JUNIOR

  • Aktiviti / program dimulakan
  • Penilaian dimulakan dan dibuat secara berperingkat
  • Cadangan untuk exco jika berkelayakan

EXCO BALADI

2.CARA PENILAIAN DIJALANKAN

  • 1.secara kasar
  • 2.bagi borang berbentuk pendapat
  • 3.melalui aktiviti atau program
  • 4. melalui tugasan yang dijalakanya

3.PERINGKAT PENILAIAN

  • Mengikut penggal atau bulan
  • Selepas program atau aktiviti
  • Penilaian akhir di program SMART AMILIN


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)